Wednesday, September 29, 2010

kiraan

Di dalam kosong
hanya ada satu
iaitu aku

bila berdua
tiga kata yang aku mahu
iaitu ' aku cinta kamu'

dan bila bimbang meraja
aku pinta
untuk percaya


dan bila aku tiada
teruskan nafasmu
bukakan langkahmu
gagahkan tingkahmu
kuatkan hatimu
agar tenang ragaku

Monday, September 13, 2010

syukur

tanamkan dahimu
ke dalam tikar itu

tadahkan tanganmu
ke langit
tanda terima kasih

kau harus tahu
jasadmu hanya pinjaman
nafasmu bukan milikmu
nadimu bukan percuma

jadi tunduk
dan jangan bongkak
sebelum nikmatmu
ditarik kelak.

Monday, September 6, 2010

kerna satu itu.

Kira satu detik
kerna satu itu
adalah rindu

hela satu nafas
kerna satu itu
adalah cinta

denyut satu nadi
kerna satu itu
adalah kamu.

Friday, September 3, 2010

hapus dan ukir

biar terhapus
biar terukir
senyum ini

tidak mungkin akan hilang
rindu ini

agar satu hari nanti
kita bertemu lagi.





tiada lambaian selamat tinggal.