Saturday, January 22, 2011

mantera cinta

beritahu ayat kesukaanmu
akan ku bisikkan
akan ku teriakkan

agar tidur malammu tidak lagi igau
agar siang jagamu tidak lagi silau

Friday, January 21, 2011

sakit.

masuk macam kuda,
duduk macam raja,
keluar macam juara.


sakit perut.

Saturday, January 15, 2011

realitinya

sudahkah luka itu aku pulihkan?
walau cukup orbit cinta kita
igauan itu masih aku mimpi
masih lagi mimpi.

hanyalah mimpi.

tiba masa
ku celikkan mata
terbitlah alis realiti
yang engkau

engkau sahaja yang aku ada.

Friday, January 14, 2011

hati oh hati!

masa aku sudah suntuk
sebelum aku terantuk
baik aku ketuk
ketuk pintu hati

"hati oh hati!
kau tunggu apa lagi!"

hati aku hanya tersenyum.
rupanya hati aku baru lepas terjatuh.

Gedebukk!

365 hari lalu.

Thursday, January 13, 2011

jawapan aku

bila disoal tentang cinta, jawapan aku cuma dia. jujur.

Sunday, January 9, 2011

malam

malam ini terang
malam ini berbintang

dan hati ku terdetik
bintang yang mana satu
akan ku petik
untuk ku berikan pada kamu?

Daisy

Daisy o' Daisy
when my life went crazy
you were there to help me
when times get ugly
your smile makes me happy

Daisy o' Daisy
I am thankful to you
help me out of the blue
to tell the truth
I am happy when I'm around you

Daisy o' Daisy
my darkest fear is setting in
be apart from you
far from you
but faith is what I hold
hope is what I keep
no more tears to told
only love to reap