dan aku selimuti dengan gebar biru
senyuman layu itu adalah terakhir
dan aku balas dengan zahir
terngiang
kau ulang;
masa tak menunggu.
tetapi kau yang menunggu waktumu
lantas janji aku;
tidak akan ada sedetik rasa rindu untuk mu
selagi aku hidup
kerana semua rasa itu
telah aku pahat dalam hati;
sampai aku mati.
sumpah, aku rindu. Al-Fatihah.