Masih sahaja aku tertunduk malu
Melihat biru langit
Tangisan-tangisan mimpi tidak berlagu
Telapak disatu menadah puji-pujianMu
Masih sahaja aku berpaling tadah
Dari masa silam yang mengetuk-ngetuk pintu memori
“tetap-tetaplah di sana, nanti kita pasti berjumpa”
Bisikan mistikal peringatan diri
Masih sahaja aku menjadi aku
Cuba menghapus rindu-rindu
Sedang kisah kita sudah beradu
Dalam diam tangisan mula berlagu