Sunday, April 11, 2010

mata cokelat

oh mata cokelat
pandanglah mata ku
kerna pintu jiwaku
telah kau ketuk
dan kau masuk
tanpa budi bicara

oh mata cokelat
pandanglah tanpa lepas
kerna setiap nafas
yang aku tolak
dan aku tarik
senantiasa ada kamu

oh mata cokelat
tiap kali kau kelip
jantungku menderu
begitu laju

dan jangan sesekali kau pejam
kerna jiwa ku bagai direjam.

4 comments:

  1. si baju hijau!!

    ya kamu
    buat hatiku berlagu lagu
    berat tengok kamu berlalu

    mata merengek xkan pejam
    mahu pandng mata kamu yang tajam

    sungguh aku rindu

    ReplyDelete
  2. kata mu itu untuk siapa,
    wahai mosyuki.

    ReplyDelete