Seka airmata mu
dunia ini terlalu indah untuk kau tangisi
henti esakan mu
takdir masih lagi melagukan puisi
buka matamu
dan pandang ke atas
keluhan mu bukan lagi pada bumi
rintihan mu bukan lagi pada langit
langkahkan kanan mu
mulakan nafas baru
supaya jantung mula berdetak
hati tiada lagi retak
jadi,
tepek kan bedak sejuk itu
celakkan maskara mu
kerna airmata tiada lagi
untuk kau sembunyi
No comments:
Post a Comment