Saturday, January 28, 2012

dunia

dunia ini sayang
banyak baik dan buruknya
tapi yang baik jadi buruk
yang buruk makin teruk

dunia ini sayang
ada hitam dan putihnya
legam ditelan bayang
konon putih sucinya

dunia ini sayang
terkadang naik selalu jatuh
ada pasrah berdarah
dalam hati diam bergaduh

dalam dunia aku sayang
teruk itu paling baik
yang hitam putih itu pelangi
yang jatuh itu hati
pada kamu tiap hari



tidak perlu notakaki untuk post ini.


Tuesday, January 10, 2012

anarki

ya.
memang aku cemburu
dengan mereka yang punya segalanya
kuasa dunia dia yang mendahulu

ya.
memang aku iri
dengan mereka yang raya kaya
membongkak diri

mereka atasan kaut keuntungan
si gelandangan harung kesurupan
dipijak
dihentak
ditindas
dihempas
dibilas sampai tumpas

sampai bila harus tersiat
mungkin nanti sampai akhirat

ya.
memang betul.

tidak wujud sistem yang
semua sama di dunia
kerana monarki itu, sayang
hanya Dia yang punya.




nanti kita timbal balik di sana ya.

Tuesday, January 3, 2012

manusia sempurna

definisikan nadimu itu
degupan itu untuk siapa
kerna Dia yang tahu
denyut itu untuk siapa

pasti
setiap langkah ke hadapan
pasti
ada kesan di belakang
kau titi satu persatu
manusia sempurna tujuanmu

untuk susuk tubuh menawan
untuk akal sebijak Sulaiman
tidak pernah ada kesilapan
tiada nafsu seperti haiwan

namun
mustahil
untuk tidak jadi jahil

jadi celik; tapi buta
jadi bisu; tapi berkata
jadi pekak seribu bahasa

kau mahu jadi manusia sempurna itu kan?
kembalilah ke tanah.
itu asal-usulmu bukan?