Tuesday, January 3, 2012

manusia sempurna

definisikan nadimu itu
degupan itu untuk siapa
kerna Dia yang tahu
denyut itu untuk siapa

pasti
setiap langkah ke hadapan
pasti
ada kesan di belakang
kau titi satu persatu
manusia sempurna tujuanmu

untuk susuk tubuh menawan
untuk akal sebijak Sulaiman
tidak pernah ada kesilapan
tiada nafsu seperti haiwan

namun
mustahil
untuk tidak jadi jahil

jadi celik; tapi buta
jadi bisu; tapi berkata
jadi pekak seribu bahasa

kau mahu jadi manusia sempurna itu kan?
kembalilah ke tanah.
itu asal-usulmu bukan?

2 comments: